CATEGORY

Petua (4) macam-macam (4) Antiques (2) Make-Up (1)

Sunday 19 February 2012

Mengurangkan garisan kedutan dimuka


Kenapa kita perlu membazirkan duit untuk membeli krim muka yang mahal, sedangkan kita boleh mendapatkan ianya dari sumber semulajadi… Apa yang kita perlukan hanyalah “Green Thompson seedless grapes”!

Cara-caranya:-
  1. Anggur dibelah dua
  2. Dengan cara yang lembut hancurkan dan sapu pada muka dan leher anda.
  3. Biarkan selama dua puluh minit dan bilas dengan air suam dan keringkan

Ulangi setiap hari... hasilnya, garis kedutan yang sudah lama pasti sukar untuk kelihatan! Jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari dan makan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin A, seperti lobak, saderi dan bayam.
Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam.
Cara semulajadi pengelupasan kulit ~ GARAM LAUT (sea salt)
Selain untuk menambahkan perasa dalam makanan, ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk pengelupasan kulit secara semulajadi.  
Ia boleh menghilangkan sel kulit yang telah mati, kulit yang kering & menghaluskan kulit.

Caranya:-
  1. Basahkan muka (atau mana-mana bahagian badan)
  2. Beberapa sudu besar garam laut yang halus
  3. Kemudian urut perlahan-lahan dengan mengunakan tuala muka yang basah (nak gunakan jari pun boleh)
  4. Beri tumpuan pada T-zone dan pipi, perlu elakkan kawasan mata.
  5. Selepas satu atau dua minit, bilas dengan air sejuk untuk mengecilkan liang roma.
Sangat penting untuk diulangi dengan sekerap yang mungkin, ianya untuk memudahkan krim muka meresap menembusi kulit dengan mudah.

Anda boleh lakukan maksimum seminggu sekali.

Mudah & jimat kan?  Ok, selamat mencuba.

Saturday 18 February 2012

Sarapan pagi "home made" pancake (ejaan melayu - penkek).
Nak resepi tak? silalah lihat dibawah ni:-

  • 1 biji telur sz A
  • 2 sudu makan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 sudu makan minyak sayuran (minyak masak pun boleh lah)
  • secubit garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega cair.

*** kalau nak guna tepung naik sendiri pun boleh juga, so tak payah guna baking powder lagi. 

Cara-caranya:-
  • campurkan semua bahan-bahan, gaul hingga sebati.
  • sedia untuk dimasak atas kuali leper.
Anak-anak yang cerewet tentang makanan pasti suka... masa nak hidangkan tu, bolehlah letak kan sedikit madu or coklat cair or jam or etc...  

Selamat mencuba... :)






Monday 13 February 2012

Anda tahu tak di mana boleh mendapatkan pakaj gambar yang murah dan berkualiti… pendek kata, sangat berbaloi…
Jawapan nya ada di sini à http://mizansfoto.blogspot.com

Perkhidmatan yang ditawarkan:-
1.    Gambar pernikahan & perkahwinan,
2.    Gambar keluarga,
3.    Gambar persendirian
4.    Gambar baby yang baru lahir,
5.    Makeover – gambar lama menjadi cantik,
6.    Edit gambar
7.    Scrap book dan bermacam-macam lagi

Yang menariknya, anda akan mendapat solekan percuma jika anda mendapatkan perkhidmatan ini…WOW!  Mesti gamba anda akan bertambah cantik kan
Untuk keterangan lebih lanjut, silalah menjenguk blogspot di atas…selamat menjenguk!            

Ops, lupa nak beritahu… saya bukan buat promosi ye (tak dapat apa-apa pun), tapi nak berkongsi dangan anda semua… sharing is caring.
Tak salah untuk kita berkongsi sesuatu yang baik... sesuatu yang boleh menjimatan duit kita… Selamat berjimat!    



Cintailah alam kita.

Macam mana kita nak cintai alam kita? Cintailah dengan rasa tanggungjawab.  Jagalah alam kita ini untuk generasi akan datang.  Siapa generasi akan datang tu?  Mereka adalah anak-anak kita.   

Saya nak share pengalaman sikit... waktu saya kecil dulu, tahun 80an... seingat saya cuaca tak lah sepanas seperti sekarang ni... kita bole tidur malam tak payah guna air-cond atau kipas pun... siap boleh berselimut lagi... bila bangun pagi, gigil sampai ketulang (gigil sampai ke tulang macam mana ye?... gigil yg sampai gigi kita berlaga ea?) itu masa saya kecil dulu lah... tapi sekarang, anak-anak (termasuk kita juge lah) tak kan dapat merasa cuaca seperti dulu lagi.  Tidur mesti nak air-cond atau kipas.  Bile tak de air-cond or kipas, mesti tak bole tidur dengan nyenyak... gelisah sana sini sebab peluh menjejeh... Pernah suatu ketika, letrik tak de, semua orang dalam rumah kepanasan... sampai tidur kat luar rumah... bila dah tidur kat luar rumah, nyamuk pasti berdendang dangdud sambil berpesta makanan... umpama makanan jatuh dari langit yang tetiba terhidang dengan mewahnye depan mata nyamuk-nyamuk tu... kita pulak, dah lah kepanasan... malah gatal sana sini... nak masuk rumah panas melampau, bila tidur luar rumah, panas kurang tapi gatal pulak yang melampau... (tak pasang ubat nyamuk sebab ubat nyamuk tak ada... heheheheee).  

Nak undur waktu biar cuaca sama macam zaman dulu-dulu? Mana mungkin... zaman dah berubah... pokok-pokok pun dah kurang... rumah/bangunan pun dah berlambak, umpama telur ketam dah menetas... itu tak pe lah, dah namanye pembangunan, tapi masalahnye sekarang sampah berlambak, bertimbun... nasib baik sampah-sampah tu tak diletak setempat, kalau letak setempat pasti dah mengunung kan? gunung everest tu pun kalah agaknya... agak-agaknye ade ke orang nak mendaki gunung sampah?  ada kot, kalau hadiahnye lumayan.. :D

Image Detail
Kesian kerajaan kan? buat kempen sana sini pun tak guna, macam tuang air dalam cawan plastik bocor... kalau kempen tu berkesan, mesti tak ada sampah merata-rata kat sana-sini & sini-sana... Apa yang kita bole buat? Buat bodoh? Hehehehee... mana bole, malu la kalau buat bodoh... nanti ada orang kata "tak yah buat bodoh, dah memang awak nampak bodoh".  Jadi, lebih baik kita buat pandai, kan? Macam mana nak buat pandai atau pura-pura buat pandai... jawapannye kita kenalah menyumbang kearah mempelihara alam. Macam mana nak pelihara alam, ini adalah contoh paling senang yg selalu saya buat. 

  1. bila berbelanja kat mana-mana kedai/pasaraya, jangan buang plastik tu, kita guna semula sebagai plastik sampah... jimatkan? tak payah membazir duit beli plastik sampah lagi.
  2. kalau dah plan awal-awal dari rumah nak bungkus makanan kat luar (tapau makanan lah senang cakap) kita bawak tupperware/tipuware sendiri dari rumah... tak payah pakai polisterin atau bag plastik.
  3. barangan yang boleh diguna semula kat rumah... (contohnye: bekas minyak masak/botol air/tin minuman/kotak makanan/suratkhabar) kalau nak buang, jangan campurkan dengan sisa makanan atau dibuang dalam tong sampah, kita letak setempat.  Pekerja yang memungut sampah akan asingkan untuk di"recycle".  Kalau kita rajin atau nak duit lebih, kita jual kat lori yang kadang-kadang lalulalang kat taman kita tu... lori tu biasanye berbunyi "surat khabar lama, besi buruk... " berulang-ulang kali... 
  4. Elak kan pengunaan tisu yang melampau... kalau nak lap air tumpah ker, lap dapur ker, pakai je kain buruk... lepas tu boleh dibasuh, keringkan & bole guna semula.  Jimat duit kan? Tak payah beli tisu banyak-banyak. 
  5. ops... kena berhenti menaip jap... nanti saya sambung lagi... ade kerja nak buat...