CATEGORY

Petua (4) macam-macam (4) Antiques (2) Make-Up (1)

Sunday 12 July 2015

Susu Kambing Miracle 8

Assalamualaikum.
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya minum SUSU KAMBING miracle 8 semasa mengandung & semasa menyusukan anak.

Yang bestnya pasal susu ni ialah... ianya tersangatlah sedap dan takde bau langsung.

Pengalaman semasa mengadung memang sangat menyeronokkan, tapi biasalah… kadang-kadang tekak akan rasa tak sedap… makan & minum macam ada je rasa tak kena.
Ibu mengandung ni memamng kena jaga pemakanan.  Kena lah makan & minum yang berkhasiat, bukan nya boleh makan jajan banyak-banyak.   
Kadang-kadang bila mengandung ni tekak rasa macam tak de selera je nak makan kan? Tapi saya memang berselera je memanjang… Alhamdulillah. Tu sebab masa mengandung berat saya banyak naik. 
Masa mengandung ni lah kita bole makan banyak-banyak.  Jangan fikir kan pasal diet. Tapi tak kan lah asik nak makan je kan… minum pon kenalah yang berkhasiat.  Biar bayi lahir dengan sihat & kuat.
Puas saya cuba minum itu, minum ini… semuanye rasa macam tak sedap.  Kopi minuman kegemaran saya pon jadi tak sedap bila diminum… inilah dinamakan pembawakan… hehehee. 
OK, nak dijadikan cerita, saya ni bukan lah suka sangat minum air susu… lebih-lebih lagi susu kambing. Sebab ada bau semacam… Dulu saya pernah juga beli satu kotak susu kambing segar yang dalam botol kaca tu (Sekotak ada 24 botol). 
Mula-mula minum tu memang rasa segar & sedap, tapi bila dah seminggu dalam peti ais, rasa macam tak sedap lah pulak… jadi tamatlah cerita saya minum susu kambing segar. 
Nak beli hari-hari tak mungkin lah, rumah saya bukan nya bersebelahan dengan kandang kambing.  

Ni saya nak cerita pasal susu kambing jugak, tapi bukan susu kambing segar… SUSU KAMBING miracle 8.  Pernah dengar tak?  Saya sebelum ni pon tak pernah dengar.

Sebelum saya mengandung, pernah suatu hari anak saya ada bawak balik sample susu kambing miracle 8 ke rumah, cikgu dia kasi katanya.  Saya tak pandang pon, tak pernah dengar jenama tu… letak tepi je lah.  Tak minat. 
Selepas beberapa bulan kemudian, semasa saya mengandung… masa mengemas dapur, terjumpalah sample tu… nasib baik belum tamat tempoh.  Saya pon cubalah dengan was-was… kot-kot ada bau hamis ke… hanyir ke…
tapiiiiii sungguh tak disangka, rasa nye terlampau sedap. Memang kalau sekali minum pasti nak lagi dan lagi… saya apa lagi, terus tanya anak saya, mana nak beli susu kambing ni.  Dia cakap cikgu dia ada jual.
Bagus lah, senang saya nak beli.  Tak menyempat saya terus telepon cikgu tu, nak beli terus 10 kotak. Senang sikit, tak payah nak selalu order kalau kehabisan.  Memang sangat sedap susu kambing miracle 8 ni… tak tipu. Percayalah!
Hari-hari saya minum pagi & malam sebelum tidur.  Memang badan semasa mengandung rasa bertenaga je.  Lagipon susu kambing ni kan minuman sunnah. 
Yang best nya pasal susu kambing miracle 8 ni ialah, terdapat 8 kandungan makanan sunnah tambahan tau.  
8 makanan tambahan itu ialah :

Kismis
Mengandungi zat besi , potassium, magnesium , kalsium serta vitamin B1, B3, & B6. Sangat bagus untuk pelajar. Melindungi hati , memulihkan keletihan saraf .
Kurma
Pantas diproses dan diserap oleh badan.Memberikan tenaga segera kepada badan. Baik utk wanita mengandung dan bersalin. Mengandungi potassium dan zat besi. Juga bagus utk peguat memori
Madu
Ia adalah makanan segala makanan , minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas.Membuka selera , menguatkan perut dan membuang kahak.
Saffron / Za’faran
Membantu proses penghadaman , menguatkan ingatan, mencerdaskan minda ( sesuai utk pelajar ) , melancarkan pengaliran darah , mengawal tekanan darah dan kolestrol , mengurangkan keletihan , menambahkan selera makan kanak kanak
Habbatussauda
Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mencegah kanser
Buah Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. Mencegah kanser dan serangan jantung.Mengandungi Vitamin E. Merendahkan kolestrol jahat ( kolestrol LDL )
Buah Delima
Anti oksidan, melindungi jantung , menurunkan kadar kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL ( kolestrol baik ), memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus utk wanita mengandung utk memperoleh anak yang cerdas
Buah Tin
Mengandungi Kalium , Omega 3 dan Omega 6 , meningkatkan memori otak, mencegah anemia , mengurangkan risiko kanser payudara

Bila dah bersalin, saya teruskan juga minum susu kambing ni, anak kuning sikit je… dengan izin Allah, dalam masa beberapa hari terus hilang... Alhamdulillah.  Memang best!
Saya menyusukan anak sejak dari dia lahir lagi, secara peribadi apa yang saya dapat kongsikan kebaikan minum susu kambing miracle 8 ni ialah (berdasarkan pengalaman saya) :
1.      Anak tak ada masalah kulit
2.      Anak cepat kenyang, tak banyak meragam.
3.      Anak tiada masalah buang air kecil atau besar.
4.      Anak sentiasa sihat.
5.      Kuning (jaundice) yang rendah dan cepat hilang – pastikan kerap susukan anak.
6.      Semasa dalam pantang, badan sentiasa bertenaga & tak rasa penat pon.
7.      Susu badan sentiasa mencukupi.
***InsyaAllah...Semuanya dengan izin Allah.

Sekarang ni, saya dah bekerja semula… cuti bersalin 2 bulan dah habis.  Saya masih mengamalkan minum susu kambing ni.  Hari-hari pump susu untuk buat stock anak, Alhamdulillah, susu sentiasa cukup.  Sangat-sangat bersyukur. 
Kalau boleh susukan lah anak, jangan beli susu formula… lagi pon harganya mahal, lagi berbaloi susukan anak sambil mengamalkan minum susu kambing miracle 8.  
  
Jika berminat nak order boleh sms/whatsapp saya.  
Satu kotak RM40 (30g x 15 sachet) – harga tidak termasuk kos penghantaran. 



Wednesday 15 April 2015

Homestay Taman Rinting

Homestay di Taman Rinting, Masai, Johor
Rumah rehat untuk disewa di Taman Rinting, Masai, Johor

Berhampiran dengan Taman Sri Alam, Taman Sierra Perdana, Taman Bukit Rinting, Taman Megah Ria, Taman Kota Putri.  
Berdekatan dengan MMHE, Johor Port, Stadium Pasir Gudang, Pusat Bandar Pasir Gudang, Bandar Masai, UiTM Sri Alam, Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru,
Masterskill University College of Health Sciences

Lokasi yang cantik & tenang
Terletak di kawasan perumahan, tidak sesak dan sunyi. Walau bagaimanapun ia berhampiran dengan pusat bandar.

Dengan membayar hanya RM190 / RM220 untuk satu malam anda akan mendapat:

- 3 Bilik tidur = 2 Queen & 1 Single
- 2 Bilik air
- 1 Dapur dengan kemudahan penggunaan pinggan, sudu/garpu, gelas/cawan, dapur
- Parking kereta = 3

Pendingin hawa: Ya
Mesin Basuh: Ya
Peti sejuk: Ya
Televisyen: Ya
Dapur: Ya

Anda boleh juga bole menyewa kereta dengan hanya RM180 / hari:
- Kereta dengan aircon

Sangat dekat dengan Mydin (3 minit); Tesco (5 minit); AEON (10 minit); JB City (15 minit); Singapura (15 minit)
Peralatan memasak disediakan termasuk pembakar roti, cerek dan periuk nasi.
Sejadah & telekung juga disediakan.

Bayaran penuh perlu dibayar semasa mendaftar masuk.
Untuk tempahan, sila hubungi: -
012-7600901 (Din) / 016-7287871 (Shima)

  
   

   
  

Percutian ke Batam, Indonesia

Orang yang pergi:- Nora, Normi, Umi, DD, Fuza, Nadia, Intan & saya. 

1 December 2012, 
Semua kawan2 berkumpul di rumah saya... janji nak dtg pukul 7am, tapi yg datang awal cuma Nadia & Intan je (mak & ayah dia hantar)... orang yang lain sampai pukul 7.30am... saya terpaksa membuat sarapan spaghetti keju & herba atas permintaan Nora & Normi yang nak sangat sarapan spaghetti...(pelik kan, ade ke pagi-pagi nak makan spaghetti... layan je la)... Nora ade bawak kek yg sedap... terima kasih. 

Kononnye kami nak ambik ferry pukul 8.30am... tapi sampai kat terminal ferry Setulan Laut pon dah pukul 8.30am, jadi ambik ferry pukul 9.30am je lah. Sampai Terminal ferry Batam Centre lebih kurang pukul 11.30am (waktu M’sia)... waktu Batam lewat sejam dari M’sia, jadi waktu Batam 10.30am. Waktu sampai tu hujan turun... perut pon lapo, niat di hati nak makan roti, tapi sebab hujan turun dengan lebat so tak boleh nak kemana-mana, duduk je lah kat terminal ferry tu... makan je la ape yg ada... kat situ makanan mahal... saya, Normi & Nora tak makan, saya tak makan sebab tekak teringin nak makan roti... roti... roti... & roti... Normi & Nora tak makan sebab... entahlah saya pon tak tau... lepas makan tunggu DD sampai dari Singapore. DD sampai je terus amik teksi pergi hotel... GOOD WAY HOTEL... tambang teksi ke hotal = IDR50k/teksi, kami ambik 2 teksi. 

Nak tau pasal hotel ni? OK, kami book hotel ni melalui AGODA, hotel ni biliknye besar... katil saiz KING (cukup untuk kami berempat tido dengan selesa & nyenyak)... bilik air bersih, TV cerita best-best... ada hair dryer... electric kettle yang comel... kena bayar deposit IDR500k mase nak check-in. Hujan lebat turun masa kami dihotel, jadi kami lepak-lepak kejap kat hotel sementara tunggu hujan reda sikit. Oh, lupa nak cakap... currency rate RM1 = IDR3060. 

SHOPPING... SHOPPING!!!!!!!!!! Oh... sukanye sebut perkataan ni... (tapi yang saya pasti, ada 2 orang diantara kami yg tak suke shoping... heheheheeee...) selepas hujan reda, kami ambil “hotel punya teksi” untuk ke DC MALL. Bayaran dari hotel ke DC MALL = IDR40k/teksi. Sampai kat DC Mall, kami kena makan dulu sebab saya, Nora, Normi & DD belum makan... saya nak makan roti... tapi tak nampak pon kedai roti... jadi order lah mee ayam... masa makan tu, mata pon melilau... melilau... melilau... tetiba nampak pulak kedai roti berdepan dengan kedai yang kami tengah makan tu... alamakkkkk... melepas pulak roti ku... tak pe lah, perut pon dah kenyang... lain kali lah ye roti, nanti saya dah lapar saya carik. 

Apa yang ada di DC Mall ni... macam-macam lah... dah namanye shopping complex, tp kat sini lebih tertumpu pada perniagaan pakaian muslimah... tudung, jubah, telekung, maxi dress & bermacam-macam lagi lah (tak larat nak type banyak-banyak)... harganye... OH!!!!!!!!!!! Tersangaaaaaaaaatlah murahnye... alaaaa murah la kalau nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia. Setiap kedai yg saya masuk barangannye semua cantik-cantik belaka... pak kal je tukar duit IDR sikit... mula-mulanye niat dihati tak nak berbelanja, tp sebab cantik & murah... terpaksa jugak beli... huhuhuuuuu... 

Lepas shopping kat DC Mall, kami pergi pulak ke Nagoya Hill shopping centre... tambang teksi dari DC Mall ke Nagoya Hill IDR40k/teksi. Ini adalah shopping complex yg terbesar di Batam, kat sini kebanyakkan nye jual barangan modern... seperti baju (k-pop style), handbag, henpon, computer, games, kasut dan macam-macam lagi lah... dalam shopping complex ni ada “Pasaraya Matahari” tengah buat sale... baju kat situ cantik-cantik, murah-murah, banyak pilihan, kain nye berkualiti baik... arghhhhh... bikin saya pusing! Nasib baik bole bayar pakai credit card... cerah sikit mate nak memilih baju... yabedabeduuuuuuu... Kami iaitu Umi, Fuza, Nadia & saya bagai kena rasuk nak beli itu dan ini... entah-entah memang ade hantu raya kot kat situ... time tu kat Matahari ada buat tawaran “belian IDR150k ke atas, dapat coupon IDR50k”... tapi, last-last tak guna pon coupon tu... banyak sangat pilihan sampai tak tau nak beli ape... kawan-kawan yg lain semua dah bosan tunggu kami, mereka menjamu selera di kedai “KOPI LUWAK”... saya order air avocado yg terlampau sedap... rase macam tak cukup je... Normi & DD order KOPI yg kawwwww – katanya nak standby tengok bola Malaysia lawan Indonesia malam kang... (Malaysia menang 2 – 0, tapi Indonesia main bagus jugak...) 

Kemuncak percutian kami adalah... makan di Golden Prawn Restaurant. NORA BELANJA KAMI SEMUA... (semoga Nora bertambah murah rezeki... Amin)... kami makan Sotong goreng tepung, rasanye macam ayam goreng pon ada jugak... tak kisah la... janji sedap... ikan Garupa masak steam Hong Kong (sangat sedap)... sayur kalian ikan masin... ketam masak cili (pon sangat sedap) tinggal seketul Normi tak nak abiskan... isk, membazir je kan?... last sekali kami makan siput Gonggong masak cili... time ni semua orang dah kekenyangan... saya kekenyangan sebab dah ratah ikan sampai tinggal tulang... ***tak nak membazir, nak hargai jasa Nora yg telah belanja kami makan. (DD kate saya makan ikan seperti kucing dia – tinggal tulang je... heheheheeee...) TERIMA KASIH NORA! 

Perut dah kenyang... badan dah penat... muka dah berminyak... kedai pon semua dah tutup (kedai dangdut bukak la), kami pon balik lah ke hotel, tambang teksi dari Nagoya Hill -> restaurant -> hotel = IDR140k/teksi. Sampai bilik, terus bukak TV... nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia... pas tu tengok cite Inception (Leonardo Dicaprio jadi hero)... pas tu tido. 

2 December 2012, 
Hari kedua di Batam.... pagi-pagi lagi kami dah sarapan... Nora, DD, Normi & Fuza sarapan pukul 5.45am (Waktu Batam)... lapar la tu agaknye... Sarapan kat hotel ni BETUL-BETUL SEDAP! Buffet IDR80k sorang. Lepas sarapan, kami semua pegi tengok jambatan (kelakar pulak cakap “tengok jambatan”). Kami sewa 2 kereta... 1 kereta IDR300K. Tak de pape pon kat Jambatan ni… tapi ini je yg ada kat Batam untuk dilawati. Tengok-tengok je la pemandagnan yang ada kat situ & amik gamba pas tu gi carik kek lapis... tapi tak de sape pon yang beli...  Jam baru menunjukkan pukul 9.00am... tak tau nak pergi mana... semua kedai & shopping complex masih lagi tutup. Putar-putar kejap, tepat pukul 10am, kami dah terpacak kat dalam DCS Mall... kedai pon masih ada lagi yang belum bukak. Ada money changer kat situ, kami pon amik kesempatan tukar lagi duit... semalam punya dah habis... DCS Mall ni tak sebest kat NAGOYA Mall... tak banyak sangat pilihan... saya hanya sempat beli baju anak perempuan selai & skirt selai... OH, saya terpaksa beli bag tiruan “Longchamp tote bag” sebab bag dah tak muat nak letak barang. Tapi catik jugak kan bag ni... boleh lah buat kegunaan harian... suke! 

Lepas penat & boring berpusing-pusing kat DCS Mall ni, kami pon pergilah ke terminal ferry kononnye nak pergi Matahari shopping mall pulak... bersebelahan je... oleh sebab dah bayar harga boarding dari Batam ke Stulang IDR110K, jadi kami pon dah tak cukup duit nak berbelanja... jadi amik keputusan balik sajalah ke Johor menaiki ferry pukul 1.30pm (waktu batam)... sampai Stulang 4.30pm.... suami amik... balik rumah terus... singgah beli makanan sebab perut lapor... kawan-kawan tumpang sembahyang, makan-makan dan terus balik rumah masing-masing.

TAMAT.

Monday 23 February 2015

Homestay Taman Rinting

Homestay di Taman Rinting, Masai, Johor
Rumah rehat untuk disewa di Taman Rinting, Masai, Johor

Berhampiran dengan Taman Sri Alam, Taman Sierra Perdana, Taman Bukit Rinting, Taman Megah Ria, Taman Kota Putri.  
Berdekatan dengan MMHE, Johor Port, Stadium Pasir Gudang, Pusat Bandar Pasir Gudang, Bandar Masai, UiTM Sri Alam, Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru,
Masterskill University College of Health Sciences

Lokasi yang cantik & tenang
Terletak di kawasan perumahan, tidak sesak dan sunyi. Walau bagaimanapun ia berhampiran dengan pusat bandar.

Dengan membayar hanya RM190 / RM220 untuk satu malam anda akan mendapat:

- 3 Bilik tidur = 2 Queen & 1 Single
- 2 Bilik air
- 1 Dapur dengan kemudahan penggunaan pinggan, sudu/garpu, gelas/cawan, dapur
- Parking kereta = 3

Pendingin hawa: Ya
Mesin Basuh: Ya
Peti sejuk: Ya
Televisyen: Ya
Dapur: Ya

Anda boleh juga bole menyewa kereta dengan hanya RM180 / hari:
- Kereta dengan aircon

Sangat dekat dengan Mydin (3 minit); Tesco (5 minit); AEON (10 minit); JB City (15 minit); Singapura (15 minit)
Peralatan memasak disediakan termasuk pembakar roti, cerek dan periuk nasi.
Sejadah & telekung juga disediakan.

Bayaran penuh perlu dibayar semasa mendaftar masuk.
Untuk tempahan, sila hubungi: -
012-7600901 (Din) / 016-7287871 (Shima)

  
   

   
  

Wonderful & quiet location - Homestay / Rest House RUMAH IBU

Located in residential area, no crowd, no traffic noise. However it's near the city centre.

 

By paying only RM190 / RM220 per night you will get :

 

- 3 Bedrooms = 2 Queen & 1 Single

- 2 Bathrooms

- 1 Kitchen with free-use of plates, spoons, glasses, stove

- Parking = 3 cars

 

Air Conditioning: Yes

Washing Machine: Yes

Freezer: Yes

Television: Yes

Kitchen : Yes

 

You can use our car for only RM180 / day :

- car with aircon

 

Very close to Mydin (3 minutes); Tesco (5 minutes); AEON (10 minutes); JB City (15 minutes); Singapore (15 minutes)

 

Cooking equipment is provided including toasters, kettles and rice cookers.

 

Sejadah & telekung are also provided.

 

Full payment must be paid upon check-in.

 

For reservation, please contact :-

 

012-7600901 / 016-7287871

 

***for Muslim only