CATEGORY

Petua (4) macam-macam (4) Antiques (2) Make-Up (1)

Sunday 12 July 2015

Susu Kambing Miracle 8

Assalamualaikum.
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya minum SUSU KAMBING miracle 8 semasa mengandung & semasa menyusukan anak.

Yang bestnya pasal susu ni ialah... ianya tersangatlah sedap dan takde bau langsung.

Pengalaman semasa mengadung memang sangat menyeronokkan, tapi biasalah… kadang-kadang tekak akan rasa tak sedap… makan & minum macam ada je rasa tak kena.
Ibu mengandung ni memamng kena jaga pemakanan.  Kena lah makan & minum yang berkhasiat, bukan nya boleh makan jajan banyak-banyak.   
Kadang-kadang bila mengandung ni tekak rasa macam tak de selera je nak makan kan? Tapi saya memang berselera je memanjang… Alhamdulillah. Tu sebab masa mengandung berat saya banyak naik. 
Masa mengandung ni lah kita bole makan banyak-banyak.  Jangan fikir kan pasal diet. Tapi tak kan lah asik nak makan je kan… minum pon kenalah yang berkhasiat.  Biar bayi lahir dengan sihat & kuat.
Puas saya cuba minum itu, minum ini… semuanye rasa macam tak sedap.  Kopi minuman kegemaran saya pon jadi tak sedap bila diminum… inilah dinamakan pembawakan… hehehee. 
OK, nak dijadikan cerita, saya ni bukan lah suka sangat minum air susu… lebih-lebih lagi susu kambing. Sebab ada bau semacam… Dulu saya pernah juga beli satu kotak susu kambing segar yang dalam botol kaca tu (Sekotak ada 24 botol). 
Mula-mula minum tu memang rasa segar & sedap, tapi bila dah seminggu dalam peti ais, rasa macam tak sedap lah pulak… jadi tamatlah cerita saya minum susu kambing segar. 
Nak beli hari-hari tak mungkin lah, rumah saya bukan nya bersebelahan dengan kandang kambing.  

Ni saya nak cerita pasal susu kambing jugak, tapi bukan susu kambing segar… SUSU KAMBING miracle 8.  Pernah dengar tak?  Saya sebelum ni pon tak pernah dengar.

Sebelum saya mengandung, pernah suatu hari anak saya ada bawak balik sample susu kambing miracle 8 ke rumah, cikgu dia kasi katanya.  Saya tak pandang pon, tak pernah dengar jenama tu… letak tepi je lah.  Tak minat. 
Selepas beberapa bulan kemudian, semasa saya mengandung… masa mengemas dapur, terjumpalah sample tu… nasib baik belum tamat tempoh.  Saya pon cubalah dengan was-was… kot-kot ada bau hamis ke… hanyir ke…
tapiiiiii sungguh tak disangka, rasa nye terlampau sedap. Memang kalau sekali minum pasti nak lagi dan lagi… saya apa lagi, terus tanya anak saya, mana nak beli susu kambing ni.  Dia cakap cikgu dia ada jual.
Bagus lah, senang saya nak beli.  Tak menyempat saya terus telepon cikgu tu, nak beli terus 10 kotak. Senang sikit, tak payah nak selalu order kalau kehabisan.  Memang sangat sedap susu kambing miracle 8 ni… tak tipu. Percayalah!
Hari-hari saya minum pagi & malam sebelum tidur.  Memang badan semasa mengandung rasa bertenaga je.  Lagipon susu kambing ni kan minuman sunnah. 
Yang best nya pasal susu kambing miracle 8 ni ialah, terdapat 8 kandungan makanan sunnah tambahan tau.  
8 makanan tambahan itu ialah :

Kismis
Mengandungi zat besi , potassium, magnesium , kalsium serta vitamin B1, B3, & B6. Sangat bagus untuk pelajar. Melindungi hati , memulihkan keletihan saraf .
Kurma
Pantas diproses dan diserap oleh badan.Memberikan tenaga segera kepada badan. Baik utk wanita mengandung dan bersalin. Mengandungi potassium dan zat besi. Juga bagus utk peguat memori
Madu
Ia adalah makanan segala makanan , minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas.Membuka selera , menguatkan perut dan membuang kahak.
Saffron / Za’faran
Membantu proses penghadaman , menguatkan ingatan, mencerdaskan minda ( sesuai utk pelajar ) , melancarkan pengaliran darah , mengawal tekanan darah dan kolestrol , mengurangkan keletihan , menambahkan selera makan kanak kanak
Habbatussauda
Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mencegah kanser
Buah Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. Mencegah kanser dan serangan jantung.Mengandungi Vitamin E. Merendahkan kolestrol jahat ( kolestrol LDL )
Buah Delima
Anti oksidan, melindungi jantung , menurunkan kadar kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL ( kolestrol baik ), memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus utk wanita mengandung utk memperoleh anak yang cerdas
Buah Tin
Mengandungi Kalium , Omega 3 dan Omega 6 , meningkatkan memori otak, mencegah anemia , mengurangkan risiko kanser payudara

Bila dah bersalin, saya teruskan juga minum susu kambing ni, anak kuning sikit je… dengan izin Allah, dalam masa beberapa hari terus hilang... Alhamdulillah.  Memang best!
Saya menyusukan anak sejak dari dia lahir lagi, secara peribadi apa yang saya dapat kongsikan kebaikan minum susu kambing miracle 8 ni ialah (berdasarkan pengalaman saya) :
1.      Anak tak ada masalah kulit
2.      Anak cepat kenyang, tak banyak meragam.
3.      Anak tiada masalah buang air kecil atau besar.
4.      Anak sentiasa sihat.
5.      Kuning (jaundice) yang rendah dan cepat hilang – pastikan kerap susukan anak.
6.      Semasa dalam pantang, badan sentiasa bertenaga & tak rasa penat pon.
7.      Susu badan sentiasa mencukupi.
***InsyaAllah...Semuanya dengan izin Allah.

Sekarang ni, saya dah bekerja semula… cuti bersalin 2 bulan dah habis.  Saya masih mengamalkan minum susu kambing ni.  Hari-hari pump susu untuk buat stock anak, Alhamdulillah, susu sentiasa cukup.  Sangat-sangat bersyukur. 
Kalau boleh susukan lah anak, jangan beli susu formula… lagi pon harganya mahal, lagi berbaloi susukan anak sambil mengamalkan minum susu kambing miracle 8.  
  
Jika berminat nak order boleh sms/whatsapp saya.  
Satu kotak RM40 (30g x 15 sachet) – harga tidak termasuk kos penghantaran. 



No comments:

Post a Comment