♥Petua untuk dikongsi bersama♥
Semalam, saya pergi Watson-Tesco, saje jalan-jalan nak cuci mata. Saya pergi bahagian kegemaran ~ "skin care", tak nak beli apa pun, saje je nak tengok-tengok.
Seperti biasalah kan , ade pulak promoter nak promote barang diaorang, lupa pulak apa jenama.
Promoter : Ye dik, carik apa?
Saya : Tengok-tengok je kak
Selang beberapa minit kemudian
Promoter : Dah jumpa barang yang nak di tengok-tengok tu dik?
Saya : Saya nak cari produk yang boleh menghilang kan parut jerawat lah kak
Promoter : Adik cuba barang ni – scrub muka brand XYZ
Saya : Ala kak, saya baru aje beli produk ZYX minggu lepas. Tak nak lah kak.
Promoter : Dulu muka akak pun banyak jerawat, adik pakai scrub & pakai masker selalu, mesti cepat hilang.
Saya : Kan tak elok kalau kita pakai scrub selalu, boleh menipiskan kulit dan boleh mengakibatkan kanser kulit jika terdedah kepada sinaran matahari?
Promoter : Kalau macam tu, akak kasi adik petua…. (***sila baca di bawah)
Saya : Terima kasih kak.
Petua untuk mencerahkan kulit dan memudarkan parut.
Bahan-bahan:-
½ biji tomato sederhana besar
1 sudu besar susu tepung (susu apa-apa pun boleh)
Cara:-
1) ramas tomato sehingga hancur
2) masukkan susu tepung dan gaul sehingga sebati
3) cuci muka sehingga bersih & keringkan
4) sapu campuran tadi keseluruh muka
5) biarkan sehingga kering & bilas sehingga bersih
6) lakukan 2 hingga 3 kali seminggu
No comments:
Post a Comment