CATEGORY

Petua (4) macam-macam (4) Antiques (2) Make-Up (1)

Wednesday 11 May 2011

   BB cream


Tahu tak anda semua? BB cream adalah produk terbaru di pasaran.  BB cream ni biasanya menawarkan rumusan segar lagi sempurna yang diperhebat dengan generasi baru pembetulan warna untuk pigmen, melindungi kulit dari sinar UVA/UVB dengan tinggi disamping anti-oksida yang berkuasa untuk membantu menghalang dari kerosakan akibat terdedah kepada persekitaran.


Apa kegunaan BB cream ni?
BB cream sangan berkesan dalam sekelip mata untuk memudarkan bintik hitam, cela, tona tak sekata, parut jerawat dan pori.  Ia membuatkan wajah kelihatan cerah.  Bukan itu sahaja, malah boleh mengaburi garis & kedutan.  Emmm hebat bukan?


BB cream sangat laris di Korea... Kenapa? Sebab wanita Korea tak selesa keluar rumah tanpa solekan.  Kerana kesebukan masa mengejar waktu, mereka lebih cenderung memilih sesuatu yang mudah, ringkas & cepat iaitu BB cream.  BB cream mudah di gunakan & menawarkan hasil kulit cantik semulajadi & sangat sesuai bagi wanita yang ingin kelihatan "natural beauty".  Ramai yang akan beranggapan anda tidak memakai mekap!  Bangga kan?


Apabila anda memakai BB cream, anda tidak perlu lagi memakai UV Base, BB cream mempunyai segala-galanya - lembapan, penyamar cela, mudah & cepat serta menjadikan kulit tampil sempurna.  Pastikan anda tidak memakai kedua-dua UV base & BB cream dalam masa yang sama.


Anda boleh membeli BB cream dengan harga yang sangat berpatutan seperti jenama Alaisyah; Maybelline & Silkygirl.  Dan bagi anda yang berminat pada produk antarabangsa, ia terdapat dalam jenama seperti Estee Lauder, Dior, Clinique, Lancome & sebagainya.


Ok, selamat mencuba. 


     

No comments:

Post a Comment