CATEGORY

Petua (4) macam-macam (4) Antiques (2) Make-Up (1)

Sunday, 19 February 2012

Mengurangkan garisan kedutan dimuka


Kenapa kita perlu membazirkan duit untuk membeli krim muka yang mahal, sedangkan kita boleh mendapatkan ianya dari sumber semulajadi… Apa yang kita perlukan hanyalah “Green Thompson seedless grapes”!

Cara-caranya:-
  1. Anggur dibelah dua
  2. Dengan cara yang lembut hancurkan dan sapu pada muka dan leher anda.
  3. Biarkan selama dua puluh minit dan bilas dengan air suam dan keringkan

Ulangi setiap hari... hasilnya, garis kedutan yang sudah lama pasti sukar untuk kelihatan! Jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari dan makan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin A, seperti lobak, saderi dan bayam.
Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam.
Cara semulajadi pengelupasan kulit ~ GARAM LAUT (sea salt)
Selain untuk menambahkan perasa dalam makanan, ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk pengelupasan kulit secara semulajadi.  
Ia boleh menghilangkan sel kulit yang telah mati, kulit yang kering & menghaluskan kulit.

Caranya:-
  1. Basahkan muka (atau mana-mana bahagian badan)
  2. Beberapa sudu besar garam laut yang halus
  3. Kemudian urut perlahan-lahan dengan mengunakan tuala muka yang basah (nak gunakan jari pun boleh)
  4. Beri tumpuan pada T-zone dan pipi, perlu elakkan kawasan mata.
  5. Selepas satu atau dua minit, bilas dengan air sejuk untuk mengecilkan liang roma.
Sangat penting untuk diulangi dengan sekerap yang mungkin, ianya untuk memudahkan krim muka meresap menembusi kulit dengan mudah.

Anda boleh lakukan maksimum seminggu sekali.

Mudah & jimat kan?  Ok, selamat mencuba.

Saturday, 18 February 2012

Sarapan pagi "home made" pancake (ejaan melayu - penkek).
Nak resepi tak? silalah lihat dibawah ni:-

  • 1 biji telur sz A
  • 2 sudu makan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 sudu makan minyak sayuran (minyak masak pun boleh lah)
  • secubit garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega cair.

*** kalau nak guna tepung naik sendiri pun boleh juga, so tak payah guna baking powder lagi. 

Cara-caranya:-
  • campurkan semua bahan-bahan, gaul hingga sebati.
  • sedia untuk dimasak atas kuali leper.
Anak-anak yang cerewet tentang makanan pasti suka... masa nak hidangkan tu, bolehlah letak kan sedikit madu or coklat cair or jam or etc...  

Selamat mencuba... :)






Monday, 13 February 2012

Anda tahu tak di mana boleh mendapatkan pakaj gambar yang murah dan berkualiti… pendek kata, sangat berbaloi…
Jawapan nya ada di sini à http://mizansfoto.blogspot.com

Perkhidmatan yang ditawarkan:-
1.    Gambar pernikahan & perkahwinan,
2.    Gambar keluarga,
3.    Gambar persendirian
4.    Gambar baby yang baru lahir,
5.    Makeover – gambar lama menjadi cantik,
6.    Edit gambar
7.    Scrap book dan bermacam-macam lagi

Yang menariknya, anda akan mendapat solekan percuma jika anda mendapatkan perkhidmatan ini…WOW!  Mesti gamba anda akan bertambah cantik kan? 
Untuk keterangan lebih lanjut, silalah menjenguk blogspot di atas…selamat menjenguk!            

Ops, lupa nak beritahu… saya bukan buat promosi ye (tak dapat apa-apa pun), tapi nak berkongsi dangan anda semua… sharing is caring.
Tak salah untuk kita berkongsi sesuatu yang baik... sesuatu yang boleh menjimatan duit kita… Selamat berjimat!    



Cintailah alam kita.

Macam mana kita nak cintai alam kita? Cintailah dengan rasa tanggungjawab.  Jagalah alam kita ini untuk generasi akan datang.  Siapa generasi akan datang tu?  Mereka adalah anak-anak kita.   

Saya nak share pengalaman sikit... waktu saya kecil dulu, tahun 80an... seingat saya cuaca tak lah sepanas seperti sekarang ni... kita bole tidur malam tak payah guna air-cond atau kipas pun... siap boleh berselimut lagi... bila bangun pagi, gigil sampai ketulang (gigil sampai ke tulang macam mana ye?... gigil yg sampai gigi kita berlaga ea?) itu masa saya kecil dulu lah... tapi sekarang, anak-anak (termasuk kita juge lah) tak kan dapat merasa cuaca seperti dulu lagi.  Tidur mesti nak air-cond atau kipas.  Bile tak de air-cond or kipas, mesti tak bole tidur dengan nyenyak... gelisah sana sini sebab peluh menjejeh... Pernah suatu ketika, letrik tak de, semua orang dalam rumah kepanasan... sampai tidur kat luar rumah... bila dah tidur kat luar rumah, nyamuk pasti berdendang dangdud sambil berpesta makanan... umpama makanan jatuh dari langit yang tetiba terhidang dengan mewahnye depan mata nyamuk-nyamuk tu... kita pulak, dah lah kepanasan... malah gatal sana sini... nak masuk rumah panas melampau, bila tidur luar rumah, panas kurang tapi gatal pulak yang melampau... (tak pasang ubat nyamuk sebab ubat nyamuk tak ada... heheheheee).  

Nak undur waktu biar cuaca sama macam zaman dulu-dulu? Mana mungkin... zaman dah berubah... pokok-pokok pun dah kurang... rumah/bangunan pun dah berlambak, umpama telur ketam dah menetas... itu tak pe lah, dah namanye pembangunan, tapi masalahnye sekarang sampah berlambak, bertimbun... nasib baik sampah-sampah tu tak diletak setempat, kalau letak setempat pasti dah mengunung kan? gunung everest tu pun kalah agaknya... agak-agaknye ade ke orang nak mendaki gunung sampah?  ada kot, kalau hadiahnye lumayan.. :D

Image Detail
Kesian kerajaan kan? buat kempen sana sini pun tak guna, macam tuang air dalam cawan plastik bocor... kalau kempen tu berkesan, mesti tak ada sampah merata-rata kat sana-sini & sini-sana... Apa yang kita bole buat? Buat bodoh? Hehehehee... mana bole, malu la kalau buat bodoh... nanti ada orang kata "tak yah buat bodoh, dah memang awak nampak bodoh".  Jadi, lebih baik kita buat pandai, kan? Macam mana nak buat pandai atau pura-pura buat pandai... jawapannye kita kenalah menyumbang kearah mempelihara alam. Macam mana nak pelihara alam, ini adalah contoh paling senang yg selalu saya buat. 

  1. bila berbelanja kat mana-mana kedai/pasaraya, jangan buang plastik tu, kita guna semula sebagai plastik sampah... jimatkan? tak payah membazir duit beli plastik sampah lagi.
  2. kalau dah plan awal-awal dari rumah nak bungkus makanan kat luar (tapau makanan lah senang cakap) kita bawak tupperware/tipuware sendiri dari rumah... tak payah pakai polisterin atau bag plastik.
  3. barangan yang boleh diguna semula kat rumah... (contohnye: bekas minyak masak/botol air/tin minuman/kotak makanan/suratkhabar) kalau nak buang, jangan campurkan dengan sisa makanan atau dibuang dalam tong sampah, kita letak setempat.  Pekerja yang memungut sampah akan asingkan untuk di"recycle".  Kalau kita rajin atau nak duit lebih, kita jual kat lori yang kadang-kadang lalulalang kat taman kita tu... lori tu biasanye berbunyi "surat khabar lama, besi buruk... " berulang-ulang kali... 
  4. Elak kan pengunaan tisu yang melampau... kalau nak lap air tumpah ker, lap dapur ker, pakai je kain buruk... lepas tu boleh dibasuh, keringkan & bole guna semula.  Jimat duit kan? Tak payah beli tisu banyak-banyak. 
  5. ops... kena berhenti menaip jap... nanti saya sambung lagi... ade kerja nak buat...

Wednesday, 11 May 2011

   BB cream


Tahu tak anda semua? BB cream adalah produk terbaru di pasaran.  BB cream ni biasanya menawarkan rumusan segar lagi sempurna yang diperhebat dengan generasi baru pembetulan warna untuk pigmen, melindungi kulit dari sinar UVA/UVB dengan tinggi disamping anti-oksida yang berkuasa untuk membantu menghalang dari kerosakan akibat terdedah kepada persekitaran.


Apa kegunaan BB cream ni?
BB cream sangan berkesan dalam sekelip mata untuk memudarkan bintik hitam, cela, tona tak sekata, parut jerawat dan pori.  Ia membuatkan wajah kelihatan cerah.  Bukan itu sahaja, malah boleh mengaburi garis & kedutan.  Emmm hebat bukan?


BB cream sangat laris di Korea... Kenapa? Sebab wanita Korea tak selesa keluar rumah tanpa solekan.  Kerana kesebukan masa mengejar waktu, mereka lebih cenderung memilih sesuatu yang mudah, ringkas & cepat iaitu BB cream.  BB cream mudah di gunakan & menawarkan hasil kulit cantik semulajadi & sangat sesuai bagi wanita yang ingin kelihatan "natural beauty".  Ramai yang akan beranggapan anda tidak memakai mekap!  Bangga kan?


Apabila anda memakai BB cream, anda tidak perlu lagi memakai UV Base, BB cream mempunyai segala-galanya - lembapan, penyamar cela, mudah & cepat serta menjadikan kulit tampil sempurna.  Pastikan anda tidak memakai kedua-dua UV base & BB cream dalam masa yang sama.


Anda boleh membeli BB cream dengan harga yang sangat berpatutan seperti jenama Alaisyah; Maybelline & Silkygirl.  Dan bagi anda yang berminat pada produk antarabangsa, ia terdapat dalam jenama seperti Estee Lauder, Dior, Clinique, Lancome & sebagainya.


Ok, selamat mencuba. 


     

Monday, 9 May 2011

♥Petua untuk dikongsi bersama♥


Semalam, saya pergi Watson-Tesco, saje jalan-jalan nak cuci mata.  Saya pergi bahagian kegemaran ~ "skin care", tak nak beli apa pun, saje je nak tengok-tengok. 
Seperti biasalah kan, ade pulak promoter nak promote barang diaorang, lupa pulak apa jenama. 
Promoter      : Ye dik, carik apa?
Saya             : Tengok-tengok je kak
Selang beberapa minit kemudian
Promoter      : Dah jumpa barang yang nak di tengok-tengok tu dik?
Saya             : Saya nak cari produk yang boleh menghilang kan parut jerawat lah kak
Promoter      : Adik cuba barang ni – scrub muka brand XYZ
Saya             : Ala kak, saya baru aje beli produk ZYX minggu lepas.  Tak nak lah kak.
Promoter      : Dulu muka akak pun banyak jerawat, adik pakai scrub & pakai masker selalu, mesti cepat hilang.
Saya             : Kan tak elok kalau kita pakai scrub selalu, boleh menipiskan kulit dan boleh mengakibatkan kanser kulit jika terdedah kepada sinaran matahari?
Promoter      : Kalau macam tu, akak kasi adik petua…. (***sila baca di bawah)
Saya             : Terima kasih kak.

Petua untuk mencerahkan kulit dan memudarkan parut. 

Bahan-bahan:-
½ biji tomato sederhana besar
1 sudu besar susu tepung (susu apa-apa pun boleh)


Cara:-
1)     ramas tomato sehingga hancur
2)     masukkan susu tepung dan gaul sehingga sebati
3)     cuci muka sehingga bersih & keringkan
4)     sapu campuran tadi keseluruh muka
5)     biarkan sehingga kering & bilas sehingga bersih
6)     lakukan 2 hingga 3 kali seminggu